Sunday 3 July 2011

Nak cuba bina blog sendiri? Langkah lengkap saya sertakan. Jom mulakan...


Disini saya akan tunjukkan cara-cara membina blog di dalam blogger.com.

Langkah 1: Mulakan dengan melayari internet.
Langkah 2: Taipkan  http://www.blogger.com/ dan klik enter.
Langkah 3: Halaman Blogger’s akan terpapar seperti dalam gambar dibawah.


Gambarajah 1
Terdapat tiga fasa untuk membina blog.
Pertama : Membuat/membuka akaun "Create an account"
Kedua    : Mereka/Menulis nama blog anda pada "Name your Blog"
Ketiga    : Pilihan latar belakang " Choose a template"



1.Create an account:
Langkah 5: Sekarang klik pada “CREATE YOUR BLOG NOW”.
Langkah 6: Anda akan memulakan untuk membuka akaun Google “Create a Google account”.


Gambarajah 2

Langkah 7: Jika anda sudah mempunyai akaun Gmail atau Google Groups atau Orkut  anda cuma perlu "Sign in" ke akaun Google anda dengan taip masukkan Id dan Password(kata kunci) anda sahaja.



Gambarajah 3

Perhatian : Jika anda tiada akaun Google anda harus abaikan langkah 7.
Langkah 8: Jika anda tiada akaun Google anda mesti membuka satu akaun. Untuk ini anda harus mengisi borang seperti gambarajah 2 dengan mengisi alamat Email anda. Selepas itu anda masukkan "password"(kata kunci) yang senang anda ingat. taip sekali lagi "Password"(kata kunci) anda tadi dan ianya mestilah sama.Sekarang taip nama anda untuk dipaparkan. Nama ini akan digunakan sebagai tanda di post anda. Taip perkataan pengesahan yang diberikan. sekarang baca syarat dengan klik di “Terms Of Service”. Jika anda bersetuju dengan syarat yang diberikan tandakan pada kotak “I accept terms of service”. Kemudian teruskan dengan menekan butang “Continue” untuk meneruskan proses pembikinan blog anda.

2.Name your blog(namakan blog anda):
Langkah 9: Sekarang anda sudah memasuki fasa kedua iaitu namakan blog anda. jadi anda mesti memikirkan tajuk dan URL anda sendiri. Sesudah anda masukkan nama anda klik pada “check availability” yang berwarna biru. Ini adalah untuk memeriksa sama ada nama anda sudah digunakan atau belum. Jika belum digunakan anda teruskan dengan langkah seterusnya. Jika sudah digunakan anda masukkan nama yang lain.


Gambarajah 4

Langkah 10: Jika anda hendak menjadi host blog anda atau mana-mana tempat lain untuk digabungkan klikkan “Advanced Blog Setup” kemudian teruskan dengan klik “Continue” untuk proses seterusnya.

3. Choose Template(latar belakang blog):
Langkah 11: Selepas klik pada butang “Continue” anda telahpun memasuki fasa keiga yakni fasa terakhir untuk mewujudkan blog anda iaitu “Choose a template”. Anda boleh memilih atau klik pada “Preview template”. Anda diberi pilihan template dan anda boleh menukarkannya pada bila-bila masa yang anda mahu.


Gambarajah 5

Langkah 12: Klik pada “Continue button” dan anda telah pun selesai. Tahniah.. Anda telah berjaya membina blog anda....


Gambarajah 6

Langkah 13: Sekarang anda dah boleh memulakan post anda dengan klik pada butang “Start Posting” untuk kali pertama. Tulis tajuk post anda dan anda juga boleh menggunakan format yang di beri seperti bold, italic, underline, text color, size, font dan alignment seterusnya klik pada butang “Publish”. Jika berjaya mesej anda akan dipaparkan pada blog post anda. Klik pada butang “View blog” untuk melihat hasilnya.
SELAMAT MENCUBA DAN HAPPY BLOGGING.....

2 comments:

  1. Well done! imej cukup besar dan jelas. Penerangan juga mudah difahami.

    ReplyDelete
  2. Tq teacher... just 4 my friends...

    ReplyDelete