Friday 8 July 2011

TEKNOLOGI DALAM SUKAN

Teknologi dalam sukan pada zaman sekarang amat penting. Ini kerana teknologi membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik, lebih teratur, lebih tepat dan lebih selamat. Teknologi diperlukan untuk membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih popular dalam masyarakat dan menarik minat masyarakat untuk mencuba sukan itu. Terdapat banyak sukan yang memerlukan sokongan teknologi di dalam sukan tersebut seperti sukan lumba basikal dan olahraga dimana pemenang ditentukan menggunakan masa dan gambar di garisan penamat. Ada sesetengah situasi di mana pemenang tidak dapat ditentukan melalui mata kasar. 
Di sini, teknologi amat memainkan peranan penting di dalam meningkatkan mutu sukan – sukan tersebut. Setiap sukan harus disiarkan di televisyen di mana sukan tersebut dapat diperkenalkan kepada masyakat dan dapat menarik minat masyarakat untuk mencuba. Sebagai contoh, sukan – sukan yang tidak begitu popular di Malaysia seperti sukan kriket, ragbi, sofbol, bola baling dan sebagainya harus disiarkan di kaca televisyen untuk menarik minat lebih ramai orang untuk bergiat di dalam sukan ini. Pihak korporat boleh menaja sukan tersebut dan secara tidak lansung pihak tersebut mendapat keuntungan melalui cara promosi mereka seperti di iklan televisyen, baju ahli sukan tersebut dan lain – lain lagi. Seperti contoh kita dapat lihat syarikat seperti Nike, Adidas, Tag Heuer dan Standard Chartered menaja banyak sukan di dunia tidak hanya bermotif untuk mempopularkan jenama mereka, tetapi mereka jugak mempopularkan sukan tersebut. 
Penggunaan internet juga penting dimana penggunaan iklan, blog dan laman web sesawang dapat membantu meningkatkan minat terhadap sukan seperti kita tahu pada zaman sekarang ini, kanak – kanak sudah arif dengan penggunaan internet tidak hanya di rumah akan tetapi dimana sahaja. Pada aspek jurulatih pula, dengan adanya alat bantuan seperti bowling machine dalam sukan kriket, sofbol dan besbol dapat membantu jurulatih untuk melatih pemain pada kadar yang ramai. Ini secara tidak lansung tidak membosankan pemain untuk menunggu giliran mereka. Seperti yang kita tahu, sukan adalah medium untuk mengeratkan hubungan dan memupuk perpaduan masyarakat. Kita ambil contoh sukan tenis, teknologi TV review terbukti telah banyak membantu pemain untuk melakukan panggilan bola in/out di mana pengadil boleh mengubah keputusan pengadil jika salah. Selain itu penggunaan teknologi dapat menerapkan sifat adil dan jujur di dalam sukan. Kita ambil contoh di dalam sukan olimpik, para pemain akan diambil sampel darah atau sampel urine untuk ujian dadah. Pemain yang gagal ujian dadah akan dihukum kerana mengambil dadah untuk meningkatkan prestasi. Ia dapat membuka mata masyarakat bahawa sukan sentiasa adil dan menarik. Salah satu cara lain untuk menerapkan sukan di hati masyarakat adalah dengan mengadakan gaya hidup sukan yang terus menerus tidak kira dimana sahaja walaupun di tempat kerja.
 Akhir kata, teknologi memainkan peranan yang amat penting dalam membantu mempromosikan sukan, menarik minat masyarakat terhadap sukan tersebut, membantu meningkatkan kualiti sukan tersebut dan membuatkan sesuatu sukan itu menjadi lebih menarik.
Bahan rujukan:-

Sunday 3 July 2011

Nak cuba bina blog sendiri? Langkah lengkap saya sertakan. Jom mulakan...


Disini saya akan tunjukkan cara-cara membina blog di dalam blogger.com.

Langkah 1: Mulakan dengan melayari internet.
Langkah 2: Taipkan  http://www.blogger.com/ dan klik enter.
Langkah 3: Halaman Blogger’s akan terpapar seperti dalam gambar dibawah.


Gambarajah 1
Terdapat tiga fasa untuk membina blog.
Pertama : Membuat/membuka akaun "Create an account"
Kedua    : Mereka/Menulis nama blog anda pada "Name your Blog"
Ketiga    : Pilihan latar belakang " Choose a template"



1.Create an account:
Langkah 5: Sekarang klik pada “CREATE YOUR BLOG NOW”.
Langkah 6: Anda akan memulakan untuk membuka akaun Google “Create a Google account”.


Gambarajah 2

Langkah 7: Jika anda sudah mempunyai akaun Gmail atau Google Groups atau Orkut  anda cuma perlu "Sign in" ke akaun Google anda dengan taip masukkan Id dan Password(kata kunci) anda sahaja.



Gambarajah 3

Perhatian : Jika anda tiada akaun Google anda harus abaikan langkah 7.
Langkah 8: Jika anda tiada akaun Google anda mesti membuka satu akaun. Untuk ini anda harus mengisi borang seperti gambarajah 2 dengan mengisi alamat Email anda. Selepas itu anda masukkan "password"(kata kunci) yang senang anda ingat. taip sekali lagi "Password"(kata kunci) anda tadi dan ianya mestilah sama.Sekarang taip nama anda untuk dipaparkan. Nama ini akan digunakan sebagai tanda di post anda. Taip perkataan pengesahan yang diberikan. sekarang baca syarat dengan klik di “Terms Of Service”. Jika anda bersetuju dengan syarat yang diberikan tandakan pada kotak “I accept terms of service”. Kemudian teruskan dengan menekan butang “Continue” untuk meneruskan proses pembikinan blog anda.

2.Name your blog(namakan blog anda):
Langkah 9: Sekarang anda sudah memasuki fasa kedua iaitu namakan blog anda. jadi anda mesti memikirkan tajuk dan URL anda sendiri. Sesudah anda masukkan nama anda klik pada “check availability” yang berwarna biru. Ini adalah untuk memeriksa sama ada nama anda sudah digunakan atau belum. Jika belum digunakan anda teruskan dengan langkah seterusnya. Jika sudah digunakan anda masukkan nama yang lain.


Gambarajah 4

Langkah 10: Jika anda hendak menjadi host blog anda atau mana-mana tempat lain untuk digabungkan klikkan “Advanced Blog Setup” kemudian teruskan dengan klik “Continue” untuk proses seterusnya.

3. Choose Template(latar belakang blog):
Langkah 11: Selepas klik pada butang “Continue” anda telahpun memasuki fasa keiga yakni fasa terakhir untuk mewujudkan blog anda iaitu “Choose a template”. Anda boleh memilih atau klik pada “Preview template”. Anda diberi pilihan template dan anda boleh menukarkannya pada bila-bila masa yang anda mahu.


Gambarajah 5

Langkah 12: Klik pada “Continue button” dan anda telah pun selesai. Tahniah.. Anda telah berjaya membina blog anda....


Gambarajah 6

Langkah 13: Sekarang anda dah boleh memulakan post anda dengan klik pada butang “Start Posting” untuk kali pertama. Tulis tajuk post anda dan anda juga boleh menggunakan format yang di beri seperti bold, italic, underline, text color, size, font dan alignment seterusnya klik pada butang “Publish”. Jika berjaya mesej anda akan dipaparkan pada blog post anda. Klik pada butang “View blog” untuk melihat hasilnya.
SELAMAT MENCUBA DAN HAPPY BLOGGING.....